Saturday 4 October 2014

Segmen The Kufazuke Show: Ini Adalah Aku!





Soalan Pertama
Sejuta ringgit ?
Sejuta ringgit ?!
Sejuta ringgit ?!!!!
Banyak tuuuuuuuuu
Kalau lah esok bangun pagi2 ada sejuta ringgit dalam acc . Hhmmmmm .
Tak pk benda lain dah . Shopping lah yang paling mudah hahaha . Nak beli semua wishlist2 yg ada dlm notes phone ni . Lama kot mengidam nak itu ini itu ini . From top to bottom handbag ape semua melarat sampai ke gadget and kereta .
Tapi ending dia bila da rasa semua2 tu . Semua dah ada . Baru lah nak terfikir tentang produk2 penjagaan diri . Biasa lah kita ni nak cepat nampak cantik sbb tu lebih utamakan pakaian2 dari kecantikan dalaman kan .
Okay back to baki sejuta ringgit tadi hahaha . Of course i nak sing up kat celebrity fitness and hire personal trainer i hahaha . Bukan takat makan jamu itu ini sapu krim produk iti ini je okay nak nampak cantik uolls . First bagi i ntok bagi kepuasan diri sendiri adalah . To look slim solid n confident . Memang tak lain tak bukan tak ada benda lain nak pk selain gym gym n gym . Dah start dgn gym baru boleh layan produk2 n suppliments ntok stok seumur hidup . Forever hahaha . And baru beli make up yg mahal2 .
Complete . Baju apa semua top to bottom da fancy . Kereta da cun . Body meletop . Wow .
And last barulah lah nk fikir ntok buat investment pelaburan dgn duit baki yg ada . Teruk kan ? Entah tinggal bape sen je nk simpan nk labur lepas puaskan diri dengan semua2 wishlist kat atas tadi huhuuu

Soalan Kedua

Kalau dah stress dgn semua benda . Sedih dengan hidup ni yg selalu tak adil .
First takde benda lain lah nk lepaskan kalau bukan kepada makanan . Tengok pizza je benci marah geram . Boom ! Pizza down .
Tengok kfc muka org tua tu pon sakit hati marah geram membara . Boom ! Kfc down .
Tak kisah lah tengok apa lagi burger king ke mamak ke lalu kedai arab ke . Keje nak marah je .
Tapi cukup seminggu mesti saya rasa menyesal sebab seluar makin ketat . Seminggu cukup sangat2 dah nak naik kan berat badan .
Sejak haritu lah kalau stress ke geram ke kan kita pegi gym kahkahkah .
Eh tapi puasssss .
Serious puas . Release kot semua bila masuk situ . Mula2 rasa merepek jugak tapi lepas tgk satu post kat ig kawan haritu . Mmg berbaloi .
Bila stress hit the gym . Jumpa trainer boxing saya tu . Borak pasal mcm2 itu ini itu ini . Dia ajar pasal nutrition lah . How to lose fat and gain muscle . Mcm mana nak maintain perut flat .
Mmg terbaik lah . Sejak sign up kat gym dekat2 rumah ni . Saya mcm da kena pukau taw . Mmg lah stress dgn keje org sekeliling apa semua . Tapi komitmen dgn gym life saya semua tu buat saya x fikir dah pasal masalah yg bodo2 tu .
Bangun pagi g keje and then layan drama tempat keje blablabla lunch sambung drama blablabla ptg gym da penat malam terus x fikir apa selain dari tido . Bangun repeat n repeat benda yg sama .
Dan yg paling best drama repeat, stress repeat, sedih kdg2 repeat tapi i semakin dapat my good n solid body . Feel dapat badan yg ideal lagi seronok and dapat cover balik segala drama stress and sedih tu okay .
Bayangkanlah kita boleh pakai mcm apa yg kite idamkan . Kalau shopping pun byk pilihan . Gain ourself confidence . Mmg thorbayekkkkk .
Kesimpulan dia klu stress ke sedih ke lepaskanlah kepada sesuatu yg susah n penatkan badan kite tapi memberikan hasil yg boleh buat kite berterima kasih kepada stress dan sedih tu . Sbb membuatkan diri kite semakin baik n baik .
Nak lepaskan stress n sedih kat mana ?
Dekat gymmmmmmm hahahah

Soalan Ketiga

Semua orang didunia ini pernah merasai hidup dan membesar didalam sebuah keluarga . Tidak kiralah keluarga kandung mahupun keluarga angkat . Mestilah semua ada kenangan masing2 bersama kelurga tidak kira sewaktu kanak-kanak, remaja atau pun sudah dewasa .
Tetapi saya pasti semua orang didunia ini tidak akan dapat melupakan kenangan sewaktu kanak-kanak . Begitu juga saya . Kenangan membesar dengan mak ayah abang serta kakak pasti akan saya ingat sampai bila-bila . Bagaimana membesarnya kami semua di bawah jagaan mak dan ayah . Hidup dalam serba kekurangan tetapi tidak susah . Walaupun tak pernah merasa bercuti sana sini untuk membina satu kenangan yang terindah bersama-sama keluarga tapi kenangan hidup dan membesar bersama org2 yg kita sayang itu sebenarnya lagi indah bila dikenangkan semula. Kekurangan yang kami semua tempuhi bersama-sama itulah yang membuatkan tali persaudaraan antara kami satu keluarga sampai harini ini sungguh kuat .

Membesar di kawasan kampung, tidak mempunyai kenderaan sendiri, hanya jalan kaki naik bas kalau nak ke mana-mana . Seronoknya bila difikirkan semula . Walaupun ayah hanya kerja biasa2 je . Tapi masih dapat besarkan kami 7 beradik sampai berjaya lah lebih kurang harini . Tapi okay lah takde lah jahanam hidup sekarang . Ada kejap tetap . Boleh bagi mak ayah duit bulan2 . Itu pun dan syukur ya Allah .

Paling saya happy masa waktu kecil-kecil dulu kalau hari gaji ayah . Sebab masa tu jelah baru saya dan adik beradik semua dapat merasa burger . Masatu mana nak dapat burger2 Mcd lah burger king lah carls jr lah . Burger bodoh tulah yg paling malatop . Rm1.20 je kot dlu . Tu burger daging . Burger ayam Rm1.30 . Sekarang tempat yg sama jual . Tapi orang lain lah yg jual . Sampai rm3.00 dia tekan burger daging . Tapi cite pasal burger bodoh ni mmg rare lah . Sampai skrg mencari dan rasa bersyukur sangat sebab pernah hidup dengan banyak benda yang kurang . Itu tak cukup ini tak cukup . Ada hikmahnya . Sebab bila da besar ni saya lebih menghargai setiap apa yang saya tak dapat masa kecil-kecil dulu . Dan saya takkan pandang sebelah mata orang2 yang susah ni akan selamanya hidup susah . Eh tapi mmg best la feel waktu tu . Nikmat sebulan sekali kot . Hehe


Harap-harap entry saya cukup bom bom kebabom utk menang :)


Till we meet again. Leave your comment, pretty

10 comments :

  1. Terima kasih sebab join. Saya dah review penyertaan anda dan tunggu update di The Kufazuke Show (www.kufazuke.com) esok tengahari untuk ketahui adakah anda pemenangnya!

    Terima kasih!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama. Harap saya antara yang bertuah. Btw, terima kasih kerana mengadakan GA ini :)

      Delete
  2. Replies
    1. Terima kasih awak. Alhamdulillah rezeki saya :)

      Delete
  3. tahniah! i suke gila entry u! fun sgt! kalau i pilih u no taw!

    ReplyDelete
  4. Hye..tahniah..suka baca entry nie nie..

    ReplyDelete
  5. singgah dari segmen yang sama

    http://eurukaseven.blogspot.com/2014/10/segmen-kufazuke-show-ini-adalah-aku.html

    ReplyDelete